Sunday

QA: Another day in paradise (?? err...)

Tajuk ni buat semalam... tapi tak sempat tulis sebab dah jam 5pm. Nak balik umah le... Lagipun kita orang kat sini share kereta. So, si JS dah nak gerak, akupun terpaksa le shut down my laptop and pack.

Hari Ahad first day working of the week. So ada team meeting, update on the project status so far. Nampaknya tak berapa bagus.. we are asking more money from the client, and I guess client tak nak bayar. Ye le.. project ni, masa sign agreement dulu dah value berbelas juta USD. Nak tambah lagi? Mesti tak nak... Nampak gaya, tak lama le aku kat Doha ni. Lagipun, bukannya best dok kat Doha ni.. Kat Abuja ke, Lagos ke baguskan hehehehehehe

Plan aku hari ni nak re-join gym kat Ramada tu. Unfortunately, Ramada dah tak offer temporary 3 or 6 months and now only offer yearly basis for QR5000. Malas aku nak join. Moreover, membership dah full, kena wait list. Hotel lain pun sama. Kalau ambil hotel lain, jauh lak nak gi. Ramada ni, jalan kaki je.

So, aku cuba nasib kat another gym, Al-Massa Active. Good machines, newer compare to Ramada's. Yang ni ada 3 and 6 months. The only drawback, this is a pure gym, no sauna, no steam room, no pool (bukannya nak guna sebab aku tak pandai berenang - cuma boleh guna untuk cuci mata je.. :-)) and no courts.

Aku dah teruja nak join so aku tanye le si JS. Si JS ni PMO Lead untuk project aku. Dia nasihatkan aku to postpone dulu, wait for another two or three days. Wait until we receive anything dari our management or client management pasal status project aku ni. Nak tak nak, terpaksa le aku tunggu..

Another boring day for me at home.......

Petang tu, nak panaskan nasi goreng yang aku masak dua hari lepas (masak sini, simpan seminggu :-)). Baru je nak goreng telur, api dapur tiba-tiba padam. Rupanya cyclinder gas aku dah habis. Panggil security guard, mintak spare. Selamba je dia cakap suruh tunggu guard shift malam sebab dia tak tahu nak call siapa. Siul, biul punye guard. Perut dah lapar, aku pergi ke Turkey Central, beli mixed grill. Habis QAR20. Terkejut aku boleh sapu licin segala-galanya, roti, the grilled & veggie. Selalunya aku makan meat je, roti tak pernah habis... Memang dah dasar kebulur hehehehe..

~ MT @ Qatar
~~ Dafna, Doha

~ To Travel Is To Discover Oneself ~

No comments: