QA: Souq Waqif (again) and Football
Jumaat petang, aku ke Souq Waqif sekali lagi. Kali ni, aku ‘pinjam’ wife kawan aku, BI sebab aku tak berapa fasih berbahasa Arab nak bargain. Wife BI ni, an Egyptian, is very good at bargaining. Joining us are JS and his Turkish wife.
Mrs. JS mula-mula sampai dah berborong. First thing dia beli carpet yang gambar kuda. She loves horses so much. Harga letak QR40 dapat tawar ke QR25. Okay le tu…
Pah tu we singgah kat kedai yang jual amber. Mati-mati aku ingat amber ni a real stone. Rupa-rupanya it is product from a tree. It is like a glue. Yellowish in color. Mrs. JS bought bracelet and pendant for QR350 - if I am not mistaken. Not bad considering the size of the bracelet. Aku pulak beli necklace. Tapi bukan amber le. I was told ni bones from Africa. Whatever lah, janji bukan tulang babi.
Ni gambar dia. Harga nya QR40.. again the power of bargain from Mrs. BI dapat QR25.
Lama jugak kat kedai ni.
Lepas shopping kat kedai ni, kita orang ke kedai yang jual handicraft. Aku beli kusyen – four of them are Syrian made and another is local Qatari hand-made. Altogether QAR155. Here are the photos. Merah dan cream tu from Syrian and yang burgundy/maroon tu Qatari made. Saje aku beli yang colour nak sama ngan Qatar flag sebab nak ada jugak kenangan from Qatar. Sekali pandang, macam Mexican/South American lak.
On the way back, singgah kat Al-Omraa Sweets beli shawarma. According to Mrs. JS, who is Turkish, her friends recommend this place. Dia cakap, this is (probably) the best shawarma in Doha. Tak tahu lak aku. Bila aku makan tu, biasa je. Take away. Kedai jual shawarma ni dekat je ngan kedai yang jual falafel. This falafel also is the best in Doha, I was told. Nama kedai dai Palestinian Cafeteria. Ramai gak expatriates yang beli kat sini. Mostly take away je sebab kedai makan punya condition tak up to standard…hmm.. maybe this is the reason why the falafel is sooo good!
Sorry tak de gambar shawarma & falafel tu..
Balik umah, letak barang-barang kat my apartment and terus ke apartment BI. Mrs. BI bawa shawarma terus ke apartment dia. Kononnya nak makan sambil watch opening game World Cup between Germany and Costa Rica. Alih-alih, cable channels yang we subscribe tak de showing the game. Sedih je peminat-peminat bola kat bangunan ni. Teruk betul satellite TV provider kat Qatar ni. Siap kena beli package lain nak tengok World Cup. Kalau kat Malaysia, memang dah masuk paper. Kat sini, tak penting sangat – sebab dia orang ada duit. Kalau kena bayar, bayar je lah. Tak de lak nak complaint lebih-lebih sampai masuk paper. Apa-apa hal pun, aku bukannya minat World Cup ni.. so, nothing concern me. Lagi pun, minggu depan nak balik Malaysia!!!!
~MT@Doha
~~ Ibn Mahmoud, Doha
~~ To Travel Is To Discover Oneself ~~
No comments:
Post a Comment