QA: Fare and Work
Another day comes to an end. Kejap je rasa masa berlalu. Esok Khamis and then weekend!
Seharian hari ni aku update flow chart yang aku buat for Cassation Court (Supreme Court for those yang tak biasa ngan term Cassation). Esok, aku plan nak buat discussion dengan my team lead berkenaan dengan the newly set up Finance Committee. Nak buat perancangan macam mana nak tackle this committee. Dengar ura-ura, the client totally ada different view on the recommendations that we made. Tengok lah macam mana nanti.
Hari ni jugak, aku check fare nak balik KL dalam bulan Jun nanti. Terkejut tengok fare QR direct flight – a whooping QR9710 return! Apa kes?????
Check MH melalui DXB, dalam QR6850 and EK (melalui DXB jugak) dalam QR5800 je. Aku suruh travel agent aku cancel EK sebab timing dia tak berapa bagus sangat. Red-eye punye flight – inbound and outbound. Malas le. Lagipun, aku rugi dalam 3 hari kalau ambil EK. Tambah pulak EK frequent flyer programme tak de affiliate with the existing programme yang aku ada. Aku maintain dua je, Star Alliance (Lufthansa Miles and More) and Enrich. Ada gak OneWorld (Asia Miles) masa naik CX ke HKG and ORD dulu, tapi malas nak maintain. Bukannya selalu guna OneWorld punya alliance. Kat Asia, OneWorld consists only CX and further down, QF. Kalau Star Allaince, ada TG and SQ. Pah tu, MH Enrich boleh guna for KLM/AF. Kira dah cover half the world le tu, walaupun tak pernah round the world lagi…
Mentang-mentang le tak banyak international airlines datang ke Doha ni, QR selamba rock je naikkan fare. Tambah pulak ramai expatriates kat sini and everyone nak lari dari kepanasan summer. Cuti sekolah lak tu. Ditambah pulak dengan kekayaan yang terlebih (bagi pandangan aku le) pak-pak Arab kat sini. Do you know that Qatar is among the highest GDP if not the top on the list? This is the country in the world where there is the largest natural gas reserve after Russia. Mana tak kaya wooiii…
Aku still tunggu travel agent check flight yang via BKK. QR ada code-share ngan TG. So, I guess should not be any problem. Aku agak tak banyak beza ngan MH hopefully. I rather tukar flight kat BKK dari DXB. Kalau tukar kat DXB, aku kena ambil half day sebab flight outbound from DXB (to Far East) is in the evening. Kalau tukar kat BKK, okay le sikit. Kerja full day sebab flight depart around 8.30 malam. Tambah-tambah lagi, sekarang ni, QR asyik delay je. Hari tu, hujung bulan April, my best friend flight to SIN with QR delay for 2 hours. Sebabnya, nak tunggu connecting passengers from other QR flights yang nak ke Far East. So, aku agak flight yangaku plan nak ambil ni, mungkin dalam jam 9 or 10 jugak le departurenya.
Hopefully esok ada update on my fare. Dalam hati sebenarnya nak balik for good dah. Tapi tu le, cari punya cari kerja, tak de rezeki lagi kat tanah air tu.
Boring lak rasa bila dah habis kerja ni. Nak surf news on internet, dah habis semua Malaysia online news aku baca. Nak surf CNN or BBC, aku kureng berkenan sikit ngan dua websites ni. Tak tahu le sebab apa.. susah nak digambarkan dengan kata-kata.. So, aku browse balik the entries yang aku dah buat. Bukannya banyak sangat macam orang lain. Aku ni budak baru belajar.
Bila aku baca balik entries yang lepas-lepas, banyak pulak ‘theme’ yang aku ngomelkan dalam setiap post. Campur aduk. Peduli apa kan. Aku punya blog. Suka hati aku le. Lagipun, meriah sikit bila macam-macam rencah. Baru le colourful.
Tadi baru lepas Level 1 Arabic. Exam dapat 98% - kira ok le tu. So, basic Arabic functionality 'kaotim'. So, my class mates and I decided to continue to Level 2 in August. Tak boleh nak start sekarang sebab yang lain nak balik bercuti.
~MT@Qatar
~~ Ibn Mahmoud, Doha
~ To Travel Is To Discover Oneself ~
No comments:
Post a Comment