QA: Teksi
Monday May 15
Entry ni sepatutnya untuk Isnin. Tapi ntah macam mana tarikh posting ni default to May 16 Tuesday. Kat setting, dah set follow GMT+3. Ada sapa-sapa yangtahu macammana nak edit date tak?
Semalam, balik kerja tumpang my colleague, BI in his Detroit steel, named “Proud Mary”. This is the second time aku balik ngan dia. Tak tahu sampai bila aku nak tumpang dia. Ni semua pasal si JM le… selfish! Sampai je apartment around jam 5.25pm, terus tukar baju and rush out to find a taxi. Taxi kat sini, bukannya susah nak dapat. Tapi dah macam nature’s law, when you need it so much, masa tu le susah nak dapat. So, aku jalan le ke Ramada Hotel, around 500 meters away from my apartment. Dalam 5 minit, alhamdulillah dapat orange & white taxi. Orange & white taxi will be phased out from Doha streets either by end of this month or June. Come July, only the new taxi managed by Mowasalat will ply the country. Yes the whole country! Anyway, bukannya besar Qatar ni...
Untuk Mowasalat taxis, they are known as Karwa (dekat2 ngan nama my friend yang kerja ngan QR tu…). Taxi dia orang either Toyota Camry, Skoda Superb and some Honda Stream. Most of the drivers are Pinoy, Indonesians, Middle Easterns and South Indians. Taxi yang lama tu, most drivers are from Afghans, Pakistanis and South Indians.
Ada terbaca dalam paper hari tu yang drivers for orange & white taxis will lose their job. Kesian jugak. Macam mana boleh jadi macam ni? Takkan government tak plan awal-awal. These drivers have been in the country for so long… Gone through all hard and sweet times witnessing Qatar developed from scratch until now. Tapi apa yang dia orang dapat? Nothing.. hilang mata pencarian!
Memang tak dinafikan yang taxi orange & white ni tak terjaga (mostly old Toyota, Nissan models and surprisingly banyak gak Proton Wira). Ada yang air-cond tak jalan, seat kotor dan banyak lagi le. Tapi at least nak “tarik balik” mata pencarian orang lain tu, pandai-pandai le. Fikir betul-betul cara yang terbaik.
Okay, kita tukar cerita lain. Dok ngomel pasal taxi ni, bukannya kita boleh buat apa-apa. Berdoa je lah supaya these “unfortunate” drivers ni akan dapat sesuatu.. insyaAllah.
Semalam gak aku punya second last Arabic class. Hari Rabu ni, ada exam. Baru habis Level 1. Hmmm… my classmates dah tanya bila nak sambung Level 2. Serba salah aku dibuatnya. My classmates are from Rusia, Indonesia and Turkey. Dia orang nak sambung dalam bulan Ogos nanti. Aku dok fikir-fikir yang aku nak balik for good. Kat Malaysia lak (kalau lah aku jadi balik for good), kat mana nak sambung ye? Lagi pun kat sini, aku boleh practise masa gi Souq or ngan kenkawang sekerja. (To those yang tak biasa, Souq tu maknanya pasar – bukannya pasar sayur ke daging ke, tapi pasar yang jual kain, peralatan rumah etc.). Souq yang aku paling suka, Souq Waqif. Souq Waqif ni dibahagikan into banyak sections – Qatar handicraft, spices, clothing, dan macam-macam lagi lah. Kalau ada masa, nanti aku upload kan gambar-gambar kat my fotopages. Dah tersebut fotopages ni, ada masa, click le ke malaytraveller.fotopages.com. Jangan lupa tinggal komen ye..
Balik dari kelas, aku jalan kaki. Dalam sejam lebih jugak le nak sampai apartment. Kalau kereta, dalam 10 minit sampai dah. Apa nak buat… dah nasib badan.. geram betul kat si JM nie.
~MT@Qatar
~~ Ibn Mahmoud, Doha
~ To Travel Is To Discover Oneself ~

No comments:
Post a Comment